July 10, 2008

Mangsa liwat hadapi tuduhan, boleh dihukum3 tahun penjara....

SAS-Akhirnya nampak logik seket cara menghadapi atau “handling” isu Pak Sheikh ni, harap selepas ini mestilah ada haluan untuk mahkamah syariah berkenaan tuduhan orang liwat ni.
Kita semua sokong Datuk Seri. Bukan macam UMNO Perhubungan sokong Paklah/Najib jadi Presiden UMNO..(adakah 2/3 org ketua bhg kata sokong, depa kata org UMNO Melaka, P.Pinang, Selangor, Perlis pakat sokong Paklah.. )

(Dari harakahdaily)
Penasihat KeADILan, Dato’ Seri Anwar Ibrahim hari ini membuat aduan berhubung isu fitnah yang dilemparkan ke atasnya di Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI). Anwar hadir dengan ditemani oleh isteri beliau yang juga Presiden KeADILan, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail beserta dua orang peguamnya iaitu Ahmad Shabrimi Mohamed Sidek dan Kamar Ainiah Kamaruzaman.


"Atas nasihat ulama dan peguam, saya telah membuat aduan kepada bahagian penguatkuasaan, membersihkan nama saya dan keluarga daripada fitnah jahat dan mengaibkan ini.
"Dan saya dinasihatkan membawa kes ini mengikut undang-undang peruntukan ‘qazaf’. Jadi, (saya) minta bahagian penguatkuasaan buat siasatan segera,” katanya kepada pemberita.
Sementara itu Kamar Ainiah menjelaskan kepada pihak media, hukuman dan makna ‘qazaf’ yang termaktub dalam undang-undang syariah di negara ini.

Menurut seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997, “mana-mana orang yang menuduh orang lain melakukan zina (atau liwat) tanpa mengemukakan, mengikut hukum syarak, empat orang saksi lelaki atau ikrar orang yang dituduh itu adalah melakukan suatu kesalahan.” kata Ainiah.
'Qazaf' katanya ialah tuduhan palsu terhadap zina dan jika sabit boleh dihukum tiga tahun penjara atau denda RM5,000 dan ianya merupakan kesalahan dalam hukum hudud di mana seorang penuduh yang terbukti bersalah boleh dikenakan 80 kali sebatan.

Turut ditanya berhubung isu sumpah yang turut dibangkit pelbagai pihak demi membersih tuduhan terhadapnya dan Anwar menyatakan mengikut pandangan ulama yang melarang berbuat demikian. Malah katanya sumpah menjunjung al-Quran tidak ada nas atau dalilnya dalam Islam.
“Saya tidak boleh ikut cabaran. Kalau mahu guna al-Quran, guna Islam ianya mesti ikut syarak…bukan isu politik atau isu peribadi. Ini nasihat yang diberi oleh ulama dan saya tunduk dengan nasihat itu.
“Kalau mereka kata perlu jawab sumpah, kita jawab. Tapi setakat ini ianya isu jenayah kalau ‘you’ buat tuduhan, ‘you’ kena jawab,” kata bekas Timbalan Perdana Menteri itu.

No comments: