July 07, 2008

Datuk Seri Anwar di Taiping hari ini.....

TAIPING, 7 Julai (Hrkh) - Ketua Umum Parti KeADILan Rakyat, Dato' Seri Anwar Ibrahim akan mengupas mengenai isu terkini dalam politik negara di Dewan Changkat Jering dekat sini malam esok pada jam 9.00 malam.

Anwar dijangkakan akan berpidato mengenai isu perkembangan terkini dirinya yang sedang difitnah di samping pelbagai isu lain termasuk soal kenaikan harga minyak.
Sebelum ini, beliau dijadualkan berceramah di Perhimpunan Ketuanan Rakyat di Stadium Perak pada 29 Jun lalu tetapi telah terhalang oleh sebab-sebab menjaga keselamatan ke atas dirinya.

Menurut penganjur, majlis malam esok akan diadakan di sebuah dewan tertutup dan hanya rakyat dan pihak tertentu sahaja dibenarkan masuk ke dalam sebagai mengelakkan berlakunya sebarang perkara yang tidak diingini
Rakyat semua dijemput hadir.

No comments: