June 16, 2008

Tan Sri Khalid mahu buat kira2 utk PETRONAS....

SHAH ALAM, 16 Jun (Hrkh) - Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mencabar Perdana Menteri supaya menyerahkan hasil Petronas kepada lima negeri Pakatan Rakyat jika mahu negeri-negeri tersebut mendahului menurunkan harga minyak. -->
Beliau memberi jaminan jika hasil Petronas dapat diserahkan kepada kerajaan Pakatan Rakyat, tidak akan berlaku kenaikan harga petrol dan diesel.
Katanya, lima negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat memang tidak boleh menurunkan harga minyak kecuali jika Pakatan Rakyat memerintah kerajaan Persekutuan.
"Kita boleh memanggil pihak Petronas dan agensi lain dan berbincang bagaimana duit yang ada sekarang disalurkan," katanya ketika menjawab pertanyaan wartawan selepas Perhimpunan Bulanan Jabatan Kerajaaan Negeri Selangor di Dataran SUK, Shah Alam, pagi tadi.
Berhubung kenaikan harga minyak, PM sebelum ini mencabar lima negeri Pakatan Rakyat supaya menurunkan harga minyak terlebih dahulu.
"Jika negeri Pakatan Rakyat diserahkan semua hasil Petronas, saya sendiri boleh buat kira-kira itu," tegas beliau.
Malangnya tambah beliau, kerajaan negeri bukan penerima cukai pendapatan atau menguasai hasil Petronas sedangkan kedua-dua hasil itu sangat penting dalam pemberian subsidi.
Beliau berkata, tahun lepas sebanyak RM112 bilion kerajaan BN menyatakan untuk perbelanjaan seimbang tetapi sebenarnya daripada RM112 bilion hanya RM70 bilion saja daripada kutipan cukai.
Katanya, yang lebih itu kerajaan gunakan hasil daripada pendapatan Petronas.
Justeru tegas beliau, Petronas tidak boleh memberikan subsidi sebab hasil pendapatannya digunakan untuk mentadbir negara.
Dalam pada itu beliau kesal dengan sikap pimpinan Umno-BN yang terus memberikan gambaran negatif mengenai negeri Pakatan Rakyat walaupun kerajaan berkenaan belum sampai 100 hari.

SU: Saya percaya kepada Tan Sri yang berjaya menubuhkan PNB dan Amanah Saham Bumiputera, dari 112 billion tu, banyak yang boleh di buat pelaburan di mana2 seluruh dunia, Tan Sri seorang pengurus dana terkenal di Asia, bukan macam doktor gigi dan budak pejabat yang menyalak tetapi tidak tahu buat kerja...

No comments: