June 25, 2008

Surat Tawaran Ahli Majlis - 23 Jun 5 ptg


Hampir semua sudah pun memberi kerjasama untuk menerima pelantikan Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor, 7 dari PKR, 6 dari DAP, 4 dari PAS dan 6 dari NGO/Professional.

SU: Tahniah diatas penerimaan lantikan tersebut, semoga rakyat Hulu Selangor dapat menerima kehadiran ahli-ahli majlis di tempat2 yang akan ditentukan. Jangan mengambil tindakan2 yang memalukan parti, harap yang tidak dapat dilantik bersabarlah, perlantikan ini dari 30 Jun 1 Julai 2009 (setahun). Ada masa lagi untuk menjadi ahli majlis, sekarang adalah masa untuk berkerja. Ahli majlis bukanlah hadiah sepenuhnya dari parti, jika kita berkerja untuk perjuangan dan memertabatkan bangsa kita, perlantikan ini tidak banyak memberikan erti, mata2 rakyat banyak melihat untuk perkhidmatan cemerlang seorang wakil pentadbir negeri di daerah ini.

4 comments:

jdm rasa said...

masa utk membela rakyat yg sekian lama dianak tiri kan.Kpd pasukan ahli majlis PKR jgn harus di ikut sikap TAMAK n HAMBA kpd TUAN2 umno dulu tu.Agihkn kekayaan sama rata,jgn ada yang memegang sampai 20 ke 30 syarikat setiap seorang,n jgn kamu contohi sikap PEROMPAK yang ada pd BEKAS BEKAS ahli majlis daerah yang terdahulu,mereka2 itu tdk lebih dr " suruh angguk angguk,suruh geleng geleng,suruh diam diam,ada mate pejam,ada mulut tutup,ada tangan ampu ada kaki bodek,ada makan sapu,ada kwn tinggal".

Tahniah buat kumpulan AHLI MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR(pkr),laku kan segala tugas anda dgn jaya dan bijak sana. "Yang remeh n yang temeh,berlegar disekeliling mu,biarkan biarkan biarkan berlalu,buatlah buatlah buatlah tak tahu".

JDM Rasa,Hulu Selangor.
(sentiasa berhati hati dgn tali barut umno yang ada didlm MDHS)

PAS Cawangan Rasa said...

Tahniah kepada semua yang terpilih menjadi ahli majlis. Tidak kira dia berpegang kepada politik apa-apa pun.

Semoga anda sekelian bersatu di dalam tindakan. Jangan ada yang berpecah belah kem dato dan kem orang lama. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.

Pada jdm Rasa, jangan makan sorang-sorang, he, he,.....

Steven said...

kepada su bahagian saya jdm hulu yam zainuddin apa cerita senyap aje bahagian tak de aktiviti ke? kalau ada apa apa let us know tq

Steven said...

ok