June 05, 2008

Soalan untuk parlimen.....

AHLI-ahli Parlimen Pakatan Rakyat mahukan soalan daripada anda untuk dikemukakan di sidang parlimen kedua yang akan berlangsung daripada 23 Jun hingga 15 Julai.
Soalan-soalan yang boleh diutarakan perlulah berkaitan isu seperti masalah, aduan, cadangan atau apa-apa berkaitan dengan kawasan Parlimen anda.
Demokrasi pembabitan anda semua, menerusi soalan yang diutarakan membantu ahli-ahli Parlimen Pakatan Rakyat melaksanakan tugas mereka sebagai wakil rakyat untuk rakyat dan negara.
Oleh itu, kirimkan soalan-soalan anda kepada parlimenpakatanrakyat@gmail.com
Sila sertakan sekali dalam kiriman emel anda:
- nama penuh (nama samaran boleh diterima dengan syarat disertakan nama penuh)- alamat dan no telefon- Ahli parlimen di kawasan anda

SU: Harap kita semua sensitif tentang masalah ditempat kita, mintak ahli parlimen tidak lagi lupa menghantar soalan untuk sesi yang akan datang........ ??? Takkan duk nak selesai masalah longkang banjir saja, bagi sumbangan kpd seorang tapi bergambar macam satu bas, banyak masalah yang patut di ketengahkan di Hulu Selangor..... Masalah peneroka Sg Buaya, masalah kilang2 Perodua, Tan Chong Motor, masalah di Sg Choh dsb patut di ketengahkan...

No comments: