June 16, 2008

Komen ketua bahagian ... Protes kenaikan harga minyak

Komen dari Ketua Bahagian, Sdr Mohd Nashruddin Abd Aziz
memerangkap Ketua Penerangan PKR Negeri Selangor

Kita perlu menjaga kebajikan rakyat. Kenaikan harga minyak akan membebankan rakyat jelata dimana akan menyebabkan kos pengangkutan naik. Lepas itu barang-barang pengguna akan naik dan bersama-sama itu naiklah kadar inflasi. Kenderaan bermotor akan membayar pada kadar yang mahal setiap kilometer perjalanan. Tambang pengangkutan awam pun akan naik disebabkan harga diesel pun naik. Semua ini disebabkan ketidakcekapan pengurusan negara sekarang. Dengan keadaan yang lemah dan kucar kacir ini, menunjukkan pengurusan ekonomi yang lemah.
Harga dinaikkan kerana Kerajaan mahu terus menguatkuasakan pelaksanaan dasar mengurangkan subsidi minyak dan pengstrukturan semula subsidi. Bagi Kerajaan, kenaikan harga minyak memberi dua kesan positif kepada kedudukan kewangannya. Pertama, ia mengurangkan subsidi kedua ia menambah hasil cukai.Apabila harga minyak naik, nisbah cukai ke atas penjualannya juga naik. Hasil cukai akan merosot hanya jika penjualan minyak jatuh dengan banyak akibat kenaikan harga.Tetapi kemungkinan ini berlaku tipis. Pemilik kenderaan dan pengusaha pengangkutan awam akan terus memerlukan minyak. Samalah seperti perokok dan peminum minuman keras akan terus membeli rokok dan minuman keras walaupun harga naik melambung kerana cukai dinaikkan.Dalam bahasa ekonomi yang paling mudah, Kerajaan memindahkan beban kewangannya kepada pengguna yakni rakyat jelata dengan menaikkan harga tanpa menurunkan cukai.Kerugian yang dialami oleh pengguna kerana kenaikan harga minyak sukar ditampung atau diimbangi. Satu-satu caranya ialah dengan mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian dan lebih banyak menggunakan pengangkutan awam.Itu pun belum pasti kerana pengusaha kenderaan awam akan menaikkan tambang setiap kali harga minyak naik. Begitu juga halnya dengan pengilang.Oleh sebab peranan minyak dalam ekonomi begitu menyeluruh, maka kesannya kepada pengguna juga menyeluruh. Ini akan menjadi lebih buruk jika ura-ura Kerajaan membenarkan Tenaga Nasional Berhad menaikkan tarif menjadi kenyataan. Bersama-samalah kita memprotes kenaikan harga minyak ini!!!
Sekian.

Ketua Bahagian.

1 comment:

jdm rasa said...

PakleLah dah cabar kerajaan 5 negeri utk turun kn harge minyak,wlu pun kite nampak cabaran tu mcm ala2 samdul je bunyinye tak pe lah kite anggap je cabaran tu dtg nye dari seseorang hebat BEBENO.

Sbg penyokong PKR kite AMAT yakin dgn kewibawaan Tan Sri Khalid yg sedang menerajui BAHTERE SELANGOR ini.Kita yakin ckp2 nye berkenaan ekonomi bukan sekadar mencari politik murahan atau untuk menunjuk nunjuk pandai(tp Tan Sri Khalid memang tak pandai cabut gigi).

Ape kate andai Tan Sri Khalid mencabar PakleLah dgn meletakkn satu harge pada minyak di M'sia ni,contoh - Petrol = Rm 1.20sen.seliter. Disel = Rm 0.60sen seliter.Kita minta Tan Sri istihar yang PKR mampu memberikn harge tersebut kpd rakyat seandai nye PakleLah berani menyerah kn kerajaan kpd rakyat,atau seandai nya rakyat berjaye meletakkn kepercayaan kpd PKR make itu lah perlaksanaan PKR kpd mengurangkn BEBAN UTAMA RAKYAT.

Selaku penyokong PKR dari grass root saya pecaye satu GELOMBANG yg amat besar pasti berlaku sekira nye PKR MELETAKKN senarai harge yang munasabah dan mampu memberi kehidupan selese kpd RAKYAT M'sia.

Adus Tan Sri Khalid..selamat kn kami dr Tsunami petrolium yg sdg di gile kn olih org2 gile ni.

Wassallam/kite gegarkn stadium shah alam pd 20june ni dgn laungan STOP BN.