June 10, 2008

Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim- "tidak membawa sebarang makna menjadi seorang pemimpin & kerajaan sekiranya tidak membela nasib & hak rakyat"

Ketua Umum KeADILan, Anwar Ibrahim berkata tidak membawa sebarang makna menjadi seorang pemimpin dan kerajaan sekiranya tidak membela nasib dan hak rakyat .
Katanya, Pakatan Rakyat akan memberi jaminan membela nasib rakyat, serta beliau sekali lagi mengulangi bersedia untuk menurunkan harga minyak sekiranya berjaya membentuk kejayaan.
Beliau menyelar keutamaan kerajaan dalam menyediakan insentif kepada syarikat-syarikat besar yang mencatatkan keuntungan berbilion ringgit sedangkan pemberian subsidi untuk golongan miskin dan berpendapatan rendah telah ditarik balik.
“Subsidi kepada rakyat miskin ini dipandang rendah” katanya di hadapan lebih 10, 000 yang hadir dalam program himpunan rakyat, Menuju Harapan Baru di Padang AU2, Keramat malam tadi, Anwar, secara rasional tidak bersetuju pemberian subsidi yang berlebihan sehingga membebankan ekonomi negara namun merasa kesal dengan pengurusan ekonomi yang membebankan rakyat.
“Subsidi gas diberi kepada syarikat-syarikat kaya. Subsidi kepada TNB diberi sebanyak 5.6 bilion ringgit, subsidi kepada IPP yang dipunyai oleh syarikat2 besar yang kaya sebanyak yang untung berbilion ringgit setahun 6.7 billion. Selain Anwar, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Naib Presiden KeADILan, YB Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri Hulu Kelang, YB Saari Sungib turut menyampaikan ucapan.

No comments: