June 15, 2008

BN = Barang Naik, Baru Naik, Bila Naik, Banyakkk Naik....




(Harakah) - Sekurang-kurangnya 5000 orang berarak dari Masjid Kampung Baru ke Kompleks Membeli Belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman bagi menuntut kerajaan menurunkan kembali harga minyak yang dilihat tidak munasabah oleh kerajaan.
Selepas sahaja selesai solat jumaat di Masjid Jamek Kampung Baru, beberapa laungan takbir dan disambut Allahuakbar berkumandang didalam masjid.
Didalam kawasan masjid, sambil melaungkan “turunkan harga minyak” dan kelibat Ketua Angkatan Muda KeADILan, Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Ketua Pemuda Pas, Salehudin Ayob mengetuai kumpulan terbabit dan keluar dari perkarangan Masjid.
Di luar masjid, kumpulan demonstrasi berhenti di persimpangan Jalan Raja Alang, berikutan Jalan Raja Abdullah yang menunju ke KLCC yang sepatutnya dilalui telah dihalang oleh anggota FRU.
Kumpulan berkenaan melalui kawasan dalam kawasan Chowkit, dan terus menuju ke Jalan Tunku Abdul Rahman.
Pada jam 2.30 Petang, kumpulan berkenaan tiba di hadapan Kompleks Membeli Belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman dan kira-kira 1000 orang mengambil tindakan untuk terus duduk di jalan raya serta perhimpunan berkenaan turut disertai oleh orang ramai yang keluar dari bangunan-bangunan sekitar.Add Image
Bebeberapa pemimpin berucap ketika orang ramai duduk dijalan raya, antaranya ialah Shamsul Iskandar dan Naib Ketua AMK, Khairul Anuar, Naib Presiden Pas, Mohd Sabu, Ketua Pemuda Pas Salahuddin Ayub dan ahli jawatankuasa pusat PAS Dr Syed Azman Syed Nawawi.
Selepas bacaan doa, kumpulan berkenaan berarak menuju ke Jalan Raja Laut dimana menempatkan Pejabat Agong Pas dan pada jam 3 petang, kumpulan berkenaan bersurai dengan aman di hadapan Ibu Pejabat Pas.


SU: Dengar di Seremban, Cukai, Ipoh dan beberapa tempat lain pun turut sama menyuarakan bantahan kenaikan minyak.. teruskan usaha menurunkan harga minyak. Bila minyak naik, rakyat "naik minyak", barangan pun naik harga, dan tidak mungkin kita akan membeli kuihmuih pada kadar harga 3 kuih satu ringgit.........


Mat Sabu: "Turunkan harga barang, hari ni saya makan nasi kosong, pada harga RM1.50, ikan dan sayur pada harga RM6.00.... mana public transport, harga begini akan menyusahkan pekerja bawahan, satu hari makan RM10.00 sekali makan, isteri menteri masih pergi shopping ke London, Paris.... rasuah sampai 500 juta tetapi puak2 yang memrintah tidak insaf walaupun rakyat telah berubah, memberikan kuasa kepada pemerintahan pakatan rakyat ke 5 buah negeri, kita akan perjuangkan untuk memerintah negara Malaysia ini"

No comments: