May 30, 2008

RM500,000 beli beras bantu golongan miskin

SHAH ALAM, Rabu 28 Mei : Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor memperuntukkan RM500,000 bagi membeli bekalan beras untuk membantu golongan miskin di negeri ini. Bantuan dikhaskan kepada golongan miskin yang berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan dengan isi keluarga berjumlah lima orang, kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Pekerja Ladang, Kemiskinan dan Kerajaan Prihatin negeri Dr. Xavier Jayakumar.Bantuan bekalan beras itu akan disalurkan melaluii Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di kawasan masing-masing termasuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Barisan Nasional (BN).Bercakap dalam sidang media bersama Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim selepas mesyaurat Exco di sini hari ini, beliau berkata, bagi DUN di bawah BN, bantuan akan diberikan melalui exco kerajaan negeri. Sementara itu, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri bersetuju menetapkan kadar kemiskinan baru di negeri ini dengan mereka berpendapatan RM1,500 sebulan serta mempunyai lima ahli keluarga. Menurut beliau, golonga ini layak menerima bantuan kebajikan yang ditawarkan."Kadar sebelum ini iaitu pendapatan sebulan di bawah RM760 sudah tidak relevan lebih-lebih lagi bagi penduduk di bandar seperti kebanyakan kawasan di Selangor ini," katanya.Semua majlis daerah di Selangor diarah mengemaskini data bagi mendapatkan bilangan keluarga miskin di negeri itu berdasarkan kadar baru yang ditetapkan untuk proses pelbagai bantuan kebajikan.
SU : Semua JDM boleh memainkan peranan untuk menyenaraikan nama2 yang berpotensi untuk dibantu, gunakan peluang untuk membantu orang2 kita..

No comments: