May 29, 2008

Majlis Penutup Kem Kecemerlangan Pelajar Siri1/2008

29 Mei (Sg.Buaya) - Majlis penutup Kem Kecemerlangan Pelajar akhirnya telah selamat disempurnakan oleh Pembantu Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi dan Pembangunan Insan, YB Ahamad Yunus yang juga Ahli Dewan Undangan Sijangkang pada pagi tadi jam 10.30 pg.
YB mewakili Exco Dr Halimah Ali yang tidak dapat menghadiri majlis tersebut disebabkan urusan yang sama di Taylor College.
Kem Kecemerlangan Pelajar kali pertama dihadiri lebih 90 orang pelajar2 dari Tahun 4, 5 dan 6 dari sekolah2 berdekatan Sg Buaya seperti SK Sg Choh, SK Bdr Sg Buaya, SK Bandar Sg Buaya dan SK Bkt Beruntung. Kem kali ini dianjurkan oleh Surau An-Nadwah, Taman EhsanIbu dan Akademik Minda, Bukit Beruntung, yang mana akan menjadi pemangkin untuk kem-kem lain diseluruh negeri Selangor bagi meningkat motivasi dan kesedaran kepada golongan Tahun 4,5 dan 6 yang merupakan peringkat sekolah rendah yang akan memasuki alam remaja, demikian harapan YB Ahamd Yunus kepada lebih 200 tetamu yang hadir dimajlis tersebut.
Pengetua Akademik Minda, Bukit Beruntung, Sdr Nashruddin Abd Aziz berharap perlaksanaan kem seperti ini akan membantu pelajar2 untuk terus bersaing ke pringkat menengah dan wajar diadakan pada musim cuti sekolah.
Majlis selamat disempurnakan pada jam 12thghari selepas lawatan ke khemah2 dan jamuan diadakan untuk tetamu dan hadiri jemputan.

SU: Terimakasih kepada semua yang membantu.

No comments: