May 02, 2008

Golongan profesional keutamaan lantikan ahli majlis PBT

Khamis 1 Mei.: Kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor hari in menyatakan kesediaan melantik ahli majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dari kalangan profesional termasuk mereka yang mempunyai perbezaan fahaman politik. Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, keutamaan adalah untuk memberi perkhidmatan terbaik kepada rakyat dan meningkatkan imej setiap PBT. Bagaimanapun katanya, keutamaan akan diberikan kepada mereka yang bersama Pakatan Rakyat dan memenuhi kriteria profesionalisme yang tinggi bagi memudahkan urusan pentadbiran dijalankan."Walaupun mereka daripada parti politik kita tetapi jika mereka tidak mempunyai kelayakan profesional, kami tidak akan melantik mereka."Parti yang lain pun boleh kalau mereka profesional memandangkan kriteria yang digunakan adalah profesional dan ada yang datang secara sukarela tetapi tentunya kami memberikan keutamaan terhadap mereka yang kita kenal," katanya.

No comments: