May 09, 2008

Dakwaan yang menjadikan UMNO terus kacaubilau...

Tun Dr Mahathir Mohamed dan Tengku Razaleigh Hamzah meminta pimpinan BN mengambil serius dakwaan Pakatan Rakyat bahawa Anwar akan berjaya menjadi Perdana Menteri Malaysia ke-6 kerana Anwar mempunyai ramai kawan dan sahabat dari kalangan ahli-ahli Parlimen BN, kata Tengku Razaleigh. Jangan permudahkan dakwaan ini, kata Dr Mahathir.Kedua-dua bekas pemimpin Negara itu mempunyai alasan masing-masing kenapa mereka bertanggapan bahawa tidak mustahil Pakatan Rakyat boleh meletakkan Dato Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri Ke-6 dalam tempoh yang terdekat ini. Dr Mahathir menambah bahawa jika kerajaan-kerajaan Negeri dibawah Pakatan Rakyat berjaya memerintah dengan baik, tidak ada rasuah, telus dan tidak ada kroni, maka harapan BN untuk merampas semula kerajaan-kerajaan Negeri itu amatlah sukar bahkan kerajaan-kerajaan Negeri yang lain pula akan jatuh ketangan Pakatan Rakyat.

SU: Rakyat sudah berubah, hormatlah pilihan rakyat...

No comments: