May 20, 2008

BANTUAN PELAJARAN RM1,000 UNTUK ANAK2 SELANGOR

SHAH ALAM, Sabtu 17 Mei : Kerajaan Negeri Selangor sedang menyiapkan panduan atau tatacara bagi melaksanakan bantuan pelajaran RM1,000 untuk anak-anak Selangor yang diterima masuk ke universiti. Antara syarat utama penerima bantuan bagi pengajian di peringkat diploma dan ijazah itu adalah golongan miskin berpendapatan di bawah RM1,500 sebulan.
MENTERI, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, perkara ini sudah dibincangkan anggota Exco dan kini sedang menyiapkan syarat-syaratnya sebelum dilaksanakan sebagai memenuhi janji dalam manifesto Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum lalu Katanya, bantuan layak diterima semua kaum Melayu, Cina dan India bagi sesi kemasukan dan pengajian di universiti antara bulan Jun dan Julai ini."Kita telah arahkan pegawai kewangan negeri menyediakan bajet bagi bantuan itu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Sambutan Hari Guru Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) 2008 di sini hari ini. Abdul Khalid berkata, proses untuk mendapatkan bantuan itu akan dibuat melalui pejabat daerah atau wakil Dewan Undangan Negeri (DUN).

No comments: