April 30, 2008

Pimpinan BN perlu cermin diri, bukan berebut wang kebajikan!!

Kini isu Badan Amal Kebajikan Isteri-Isteri Selangor (BALKIS) mendapat perhatian hangat media. Dilaporkan badan-badan yang serupa di Perak dan Pulau Pinang akan / sudah mengikut jejak langkah BALKIS untuk membubarkan badan-badan tersebut, memindahkan dana kebajikan ke BAKTI (badan yang serupa di peringkat Persekutuan) dan membentuk semula badan-badan khusus untuk Isteri-Isteri wakil rakyat BN.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Khir Toyo mendakwa mereka mengikut segala prosedur yang perlu untuk tujuan tersebut. Tetapi semalam, juruaudit BAKTI memaklumkan beliau tidak menerima sebarang laporan ataupun notis dari BAKTI termasuk proses pembubaran tersebut.
Mengapa pimpinan BN dan keluarga mereka begitu kemaruk dengan wang kebajikan tersebut? Mengapa mereka tidak dapat akur dengan semangat demokrasi untuk membenarkan isteri-isteri YB untuk turut serta bersama-sama meneruskan segala kerja baik yang mereka lakukan sebelum ini? Adakah mereka merasakan kami tidak dapat menguruskan RM9.9 juta dengan amanah, sedangkan bajet Kerajaan Negeri jauh lebih banyak (dan saya yakin sekiranya mereka meneliti blog-blog yang menjadi tren terbaru mereka, mereka akan dapati pimpinan BN gagal mengurus wang yang jauh lebih banyak!)?
Tindakan beginilah yang menyumbang kepada runtuhnya BN di lima buah negeri pada pilihan raya umum yang lalu. Cermin-cerminlah diri anda. Usah berebut wang kebajikan. Terimalah suara rakyat. (sedutan dari najmi-seri setia)

No comments: