April 17, 2008

Penyelesaiannya....



Tiba tiba kalut cerita 'Babi' di Selangor... populariti 'isu babi' kali ini nampaknya memungkinkan gelaran nakal Darul Khinzir dari Negeri Sembilan ke Selangor.Apa sebenar isu babi ini...? Isu ini menjadi panas apabila ia ditunggang sebagai isu politik oleh Umno Selangor. Muka depan Utusan Malaysia yang menyiarkan 3 ekor babi yang dilabel PKR, PAS dan DAP begitu menarik perhatian ramai untuk terus memperkatakan isu babi ini.Keseronokan Umno Selangor menunggang 'isu babi' ini tersentak tiba tiba dengan pendedahan Ketua biro pertanian tradisional MCA Datuk Dr Lee Chong Meng yang mendedahkan mengenai sebuah syarikat bumiputera (berkepentingan Umno) terlibat dalam projek ladang babi yang diluluskan oleh Kerajaan BN bawah pimpinan Dr.Khir Toyo.Gambar di atas mungkin boleh mendedahkan fakta sebenar hipokrasi Umno. Individu yang menjadi kepala menentang projek babi dan menjadi dalang demonstrasi iaitu Dr. Karim ialah individu yang dalam gambar disamping kandang babi. Beliau dilaporkan terlibat dalam melawat kandang Babi di Jerman, kononya untuk membawa teknologi ladang babi Jerman ke Selangor. Lawatan itu juga dilaporkan melibatkan ketua - ketua kampung 'Umno' yang turut terlibat dalam tunjukperasaan baru baru ini. Mereka bukan sahaja melawat Frankfurt (Jerman), tetapi meninjau juga Bangkok (Thailand) dan Amsterdam (the Netherlands).Semalam cheGuBard sudah menghubungi keADILan Bahagian Sepang untuk dianjurkan satu debat terbuka antara Yaakop Sapari (exco Kerajaan Selangor) dengan Dr. Karim (ADUN Tg. Sepat) untuk menyelesai kekalutan dan mendedahkan hipokrasi Umno. Mungkin dalam debat ini juga boleh ditanyakan sekali bagaimana ADUN BN Selangor boleh membelanjakan RM27 juta peruntukan kerajaan negeri untuk rakyat Selangor untuk tahun 2008 tetapi habis dalam masa hanya selama 50 hari.

No comments: